.: Jabatan Perkhidmatan Awam :.
Pekeliling
Maklumbalas
Pautan
Capaian Aplikasi
Dapatkan Mail percuma dari Google!
Sindikasi Berita PTK
Aplikasi pembacaan berita berasaskan "web" (web based) . Sila klik mengikut kesesuaian anda.
Soalan Lazim (FAQ) : PTK Online

Soalan 1:

Siapakah yang dibenarkan untuk membuat semakan keputusan PTK melalui laman web interaktif JPA?

Jawapan:

Semakan keputusan PTK secara dalam talian melalui laman web interaktif JPA adalah untuk pegawai perkhidmatan Gunasama di bawah KPPA iaitu klasifikasi perkhidmatan M, J, F, N dan W sahaja.

Bagi pegawai yang bukan di bawah perkhidmatan Gunasama tetapi menumpang PTK yang dikendalikan oleh JPA, mereka juga boleh menyemak keputusan tersebut melalui portal JPA. Manakala pegawai lain yang bukan di bawah perkhidmatan Gunasama, tuan/puan perlu merujuk kepada ketua perkhidmatan tuan/puan yang mengendalikan PTK tersebut untuk mendapatkan keputusan.

Jadual 1: Klasifikasi Gunasama
BIL Klasifikasi Skim
1 TADBIR DAN DIPLOMATIK (M) Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
2 SISTEM MAKLUMAT (F) Pegawai Teknologi Maklumat
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Juruteknik Komputer
Operator Komputer
3 KEJURUTERAAN (J) Pegawai Latihan Vokasional
Penolong Pegawai Latihan Vokasional
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional
4 PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (N) Penolong Pegawai Tadbir
Pagawai Khidmat Pelanggan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip)
5 KEWANGAN (W) Pembantu Tadbir (Kewangan)

Kembali ke atas


Soalan 2:

Saya ingin menyemak keputusan PTK secara dalam talian (online) melalui laman web interaktif JPA. Bagaimanakah caranya?

Jawapan:

Semakan keputusan PTK secara dalam talian boleh dibuat di laman web interaktif PTK (http://www.interactive.jpa.gov.my/ptkonline/) dan pilih Semakan Keputusan (http://www.interactive.jpa.gov.my/ptkonline/keputusan/PilihKeputusanPTK.asp) di bawah menu Skim Perkhidmatan Gunasama Di Bawah KPPA.

Seterusnya, sila pilih Semakan Keputusan Kursus atau Peperiksaan PTK, bergantung kepada tahap kecekapan yang telah tuan/puan hadiri. Untuk makluman tuan/puan, semakan keputusan peperiksaan PTK hanya untuk TK1, TK2 dan TK3 manakala semakan keputusan kursus PTK pula untuk TK3, TK4, TK5 dan TK6 (bergantung pada skim perkhidmatan tuan/puan).

Seterusnya, sila masukkan nombor kad pengenalan baru dan tekan butang 'Hantar' . Jika nombor kad pengenalan  yang dimasukkan adalah sah, satu senarai maklumat peperiksaan atau kursus PTK tuan/puan akan dipaparkan. Untuk melihat keputusan penuh, sila klik pautan tahun pada TK tersebut. Tuan/puan juga boleh mencetak keputusan penuh dengan menekan butang Cetak.

Jika nombor kad pengenalan tiada dalam rekod sila maklumakan kepada kami melalui alamat emel adminptkbtm@jpa.gov.my.

Kembali ke atas


Soalan 3:

Apakah perbezaan semakan keputusan Peperiksaan PTK dengan semakan keputusan Kursus PTK?

Jawapan:

Merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Lampiran A1,

Penilaian kompetensi pegawai perkhidmatan awam dilaksanakan melalui peperiksaan, kursus dan kaedah lain seperti amali/pemerhatian/temuduga mengikut kumpulan perkhidmatan dan juga tahap kecekapan. Kaedah pengukuran tersebut adalah berdasarkan kepada kompetensi. Kompetensi bermaksud gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi sesuatu pekerjaan atau jawatan.

Pelaksanaan PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk TK1 dan TK2 dilakukan melalui peperiksaan manakala TK3, TK4, TK5 dan TK6 dilakukan melalui kursus.

Bagi Kumpulan Sokongan pula, pelaksanaan PTK untuk TK1, TK2,dan TK3 dilakukan melalui peperiksaan dan TK4 dilakukan melalui kursus.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan keputusan PTK tuan/puan sila pilih dengan betul pautan Semakan Keputusan Peperiksaan PTK atau Semakan Keputusan Kursus PTK merujuk kepada penerangan di atas.


Soalan 4:

Saya telah menduduki peperiksaan TK1 gred N11 pada tahun 2005. Mengapakah keputusan tersebut tidak dipaparkan?

Jawapan:

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, tuan/puan boleh menghubungi Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Gunasama, JPA di talian 03-8946 4500/4574/4514.

Kembali ke atas


Soalan 5:

Saya merupakan kakitangan kerajaan BUKAN GUNASAMA, dimana saya boleh mendapatkan nota-nota peperiksaan PTK?

Jawapan:

Secara umumnya nota-nota yang digunakan dalam peperiksaan PTK adalah sama. Tuan/puan boleh merujuk pada laman web JPA untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan PTK. Selain itu, tuan/puan boleh merujuk laman-laman web PTK (bukan gunasama) seperti web PTK Kementerian Sumber Manusia (http://info.mohr.gov.my/ptk/).

Kembali ke atas


Soalan 6:

Kenapa saya mendapat ralat "HTTP 500 Internal Server Error" selepas menghantar permohonan online yang telah lengkap?

Jawapan:

Kebiasaannya ralat ini terjadi sekiranya pemohon mengambil masa yang agak lama untuk melengkapkan borang permohonan. Pihak Pentadbir mengesyorkan agar pemohon dapat melengkapkan borang permohonan dalam masa KURANG dari 10 minit. Ini kerana Sistem Permohonan PTK mengambil berat terhadap tahap keselamatan yang tinggi.

Sekiranya pemohon mendapat ralat ini bukan berpunca seperti yang diterangkan diatas, pihak pentadbir mengesyorkan agar pemohon dapat menghantarkan email beserta dengan gambaran ralat tersebut bagi membantu Pentadbir mengesan punca ralat tersebut.

Ralat berikut akan keluar pada skrin pemohon yang menggunakan Internet Explorer (IE) versi 5.0 dan ke atas yang menandakan terdapat masalah sistem yang berkaitan dengan pelayan (server). Bagi pengguna IE, pemohon boleh mendapatkan mesej ralat yang lebih "friendly" dengan membuka Tools -> Internet Option menu, dan buang tik (uncheck) pada "Show friendly HTTP error messages." (Lihat Rajah 12.1)

IE
Rajah 12.1

Bagi pengguna Mozilla Firefox, pemohon hanya perlu membuat "Print Screen" dan menghantar email kepada pihak pentadbir bagi mengesan punca ralat tersebut. Perisian ini adalah percuma dan boleh dimuat turun pada ikon Firefox dibawah atau diruangan Capaian mana-mana laman web PTK

Kembali ke atas

Penafian :
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa
kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari
laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam.
masa dijana : 0.0000 saat  CSS valid CSS valid
Hakcipta 2005 © Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.