| Menu Utama | Borang Permohonan | Panduan Permohonan | Panduan Kod Peperiksaan | Jadual Peperiksaan |
| Semak Status Permohonan | Semak Keputusan Peperiksaan |

Syarat-Syarat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Melalui Web
1 Pastikan anda merujuk Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam bagi tahun yang berkenaan atau melalui laman web JPA untuk mengetahui butir-butir peperiksaan sebelum mengisi borang.
2 Pemohon yang mengisi borang secara online hanyalah mereka yang benar-benar ingin menduduki peperiksaan.
3 Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi dalam borang.
4 Sila ambil perhatian bahawa permohonan baru yang dihantar sebelum tarikh tutup peperiksaan akan membatalkan permohonan tuan/ puan yang terdahulu.

Panduan Mengisi Borang Melalui Web
1 Sila pilih menu Borang untuk membuat permohonan peperiksaan.
2 Skrin borang akan dipaparkan. Hanya peperiksaan yang belum ditutup permohonannya sahaja akan dipaparkan di skrin. Klik butang untuk ke skrin seterusnya.
3 Masukkan maklumat yang diperlukan dan sistem akan semak perkara-perkara tersebut.
4 Sekiranya terdapat kesalahan atau maklumat tidak diisi, mesej kesalahan akan dipaparkan. Betulkan kesalahan mengikut kesalahan yang dipaparkan.
5 Bagi sesuatu jenis peperiksaan, anda dibenarkan memohon LEBIH daripada SATU (1) bahagian. Sila rujuk kepada Jadual Peperiksaan Tahunan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk mengetahui bahagian yang perlu diambil.
6 Pilih bandar dimana peperiksaan akan diambil.Walaubagaimanapun, penempatan Pusat Peperiksaan akan ditentukan oleh Sektor Penilaian Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA. Bagi calon luar negeri, pilih negara tempat anda sedang berkhidmat dari senarai yang diberikan.
7 Setelah kesemua maklumat disemak dan telah didapati lengkap, klik butang untuk hantar maklumat.
8 Slip jawapan penerimaan permohonan akan dipaparkan kepada pemohon selepas borang dihantar melalui WEB. Slip ini perlu dicetak bagi tujuan bukti permohonan.
9 Sekiranya calon ingin menyemak sama ada permohonan telah diterima oleh JPA atau sebaliknya, sila pilih menu Semakan Status Permohonan. Menu semakan ini juga adalah untuk calon menyemak angka giliran dan pusat peperiksaan sebelum sesuatu peperiksaan berlangsung.

|Muka depan | Portal JPA |
Untuk sebarang pertanyaan masalah dan bantuan berkenaan peperiksaan perkhidmatan awam, sila klik Helpdeske-mailkan maklumbalas atau masalah anda kepada kami
© SPK 2007-2024